Organisasi massa Front Pembela Islam (FPI) Kabupaten Pidie, yang dibantu sayap juangnya Laskas Pembela Islam (LPI) dan Mujahidah Pembela Islam (MPI), sangat antusias melakukan aksi nyata berupa penggalangan dana untuk para korban musibah gempa,bencana,dan pemberantasan maksiat.

loading...
Wednesday, November 16, 2016

Kisah Nyata:Salahkah Saya Mencintai Suami Orang?

loading...

Kami memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin yg mengutarakan isu ini.Dari apa yg diajukan,wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya yg mempunyai pengalaman berkaitan poligami.Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif.

Ikuti sepenuhnya luahan wanita terbabit di bawah :

Salahkah Saya Mencintai Suami Orang?

http://cnmbvc.blogspot.com/2016/11/kisah-nyatasalahkah-saya-mencintai.html

“Salam admin,mohon rahsiakan identiti saya.Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yg lain.Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

“Berkaitan dengan soal poligami.Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yg sudah berkeluarga,mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

“Perkenalan kami baru berusia dua tahun.Dia ada menyampaikan hasrat utk menjadikan saya sebagai isteri keduanya.Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

“Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung.

“Pertanyaan saya,seandainya saya meneruskan hubungan ini atas dasar cinta,adakah ianya satu keputusan yg terhina sebagai seorang wanita?Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita.Tetapi dia menjawab,dia bisa utk berpoligami dengan adil.Dan nafsu dia utk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

“Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema.Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yg mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif.Saya mohon maaf, ”

Dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin,salah satu komen telah mendapatkan perhatian netizen,komen tersebut yg dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut .

“Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil utk memberikan pendapat.Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

“Dari pandangan saya,dari awal perhubungan lagi lelaki itu tidak adil dengan isteri pertama sebab apakah alasan yg dia berikan pada isterinya utk berjumpa dengan awak?

“Kedua,mengapa pertalian itu sudah berlanjutan selama dua tahun meskipun awak tahu yg dia mempunyai anak dan isteri? Awak sendiri mencari masalah?

“Ketiga,mampu bukan setakat mencampak duit bagi anak dan melayan nafsu.Kalau betul dia bisa,maksudnya dia juga bisa menjalankan amanah dan rukun-rukun Islam.Solat tak? Puasa tak?

“Keempat,kalau dia menjalankan perintah Allah,tahu tak dia bahawa berdua dengan bukan mahram adalah seperti berdua dengan seekor babi? Bohonglah kalau tidak pernah berjumpa kan?

“Kelima,awak terfikir tak suatu hari nanti dia juga akan memberikan alasan yg sama utk melengkapkan kuota yg ketiga dan ke-4 isterinya nanti? Mampu nak tabahkan hati pada ketika itu? Isteri pertama dapat payung emas,awak pula mendapat payung Shell sahaja sebab rebate isi minyak.

“Banyak lagi soalan-soalan yg saya nak tanya.Lelaki itu poyo kalau dia berkata yg dia bisa. Sebab ada GST pun sudah pasti dia memekak tidak setuju.Senang cerita,tak payahlah mengusutkan masalah yg ada.Saya sebagai lelaki tidak setuju sebab membayangkan kalau itulah yg terjadi pada adik-adik perempuan saya.Awak dan lelaki itu akan makan kaki kiri dan kanan.Seorang sebelah.Sekian, ”

Persoalan disini,adakah wanita tersebut patut atau tidak utk meneruskan hubungannya dengan lelaki yg statusnya suami orang?

Ada sesetengah pendapat mengatakan lebih baik teruskan hubungan itu dengan suatu ikatan yg halal,tapi ada juga yg berpendapat lebih baik wanita itu undur diri dan carilah lelaki yg selayaknya untuk dia jadikan teman hidup dan bukannya suami orang.

Ia bebrapa sangat subjektif bukan ?
Baca juga:Kisah Nyata: Seorang Wanita Yang Telat Menikah
Benar juga kata saudara Deano,mungkin satu hari nanti lelaki tersebut akan memberikan alasan yg sama kepada wanita ini utk berpoligami setelah mereka berumahtangga.

Apa pula pendapat anda? 

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Kisah Nyata:Salahkah Saya Mencintai Suami Orang?

0 comments:

Post a Comment